Thursday, December 30, 2010

Terminal Pengangkutan Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan


Jom kita berkenalan dengan Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan ni.
Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) merupakan stesen bas bersepadu yang memberi perkhidmatan bas dan teksi dari Kuala Lumpur ke Selatan Semenanjung Malaysia. Terminal ini akan siap pada November 2010. Hab Bandar Tasik Selatan ni dianggarkan bernilai RM570 juta bukannya hab untuk menggantikan Hentian Puduraya tetapi hanya untuk menumpukan pengangkutan ke selatan Semenanjung Malaysia sahaja.

 
Bahagian dalam yg seperti lapangan terbang


Sebelum ini ramai mengeluh dan juga merasakan bahawa sistem transport awam kita adalah yg terburuk dan terlambat sekali. Namun pespektif ini akan mula berubah apabila siap sepenuhnya sebuah lagi mercu tanda pengakutan awam kita semakin berkembang. Dengan pembinaan mencecah RM570m terminal yg menggabungkan 3 rangkaian pengankutan intergrasi utama di ibukota. LRT, ERL dan KTM adalah nadi kepada perhubungan antara selatan lembah klang dengan central ibukota iaitu KL Sentral. Pembukaan rasmi bangunan ini akan dijangkakan pada penghujung tahun ini dengan akan dikenali sebagai Terminal Pengangkutan Bersepadu.

No comments:

Post a Comment