Wednesday, December 15, 2010

BAPA KEPADA SAIFUL BUKHARI MINTA PERCEPATKAN PROSES BICARA

Azlan Mohd. Lazim, bapa kepada Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menyerahkan surat kepada 
Setiausaha Sulit Yang di-Pertuan Agong, 
Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Surat itu bagi memohon perkenan Seri Paduka untuk
mempercepatkan proses perbicaraan
anaknya dengan Anwar setelah banyak penangguhan terhadap
kes itu sebelum ini.
Prosiding perbicaraan kes liwat itu sering kali ‘terganggu’ ekoran pelbagai permohonan yang dikemukakan oleh peguam bela Anwar,
Karpal Singh.
Disebabkan ‘permohonan yang bertimpa-timpa’ itu, kronologi 
perbicaraan menjadi tidak lancar sehingga mencetuskan perasaan
tidak puas hati dan kecewa banyak pihak
termasuk keluarga 
Mohd. Saiful Bukhari.



BAWAK-BAWAKLAH BERTAUBAT ANWAR

No comments:

Post a Comment