Friday, December 31, 2010

Aktiviti di malam sambutan tahun baru









Assalamualaikum....

Selamat tahun baru 2011 semoga
kehadiran tahun baru akan menghadirkan kejayaan
yang lebih gemilang untuk kita semua...

Saka tidak mahu menulis panjang
semalam saka bersama rakan-rakan
pemuda melakukan program santai
sempena sambutan tahun baru....
Tujuan program ini ialah untuk
mengeratkan lagi silaturahim
antara kami dan pemuda di
kawasan  Dun Tanjung Sepat...

Thursday, December 30, 2010

AZAM TAHUN BARU OBAMA???


assalamualaikum readers....

just a short entri..today is the last day for the year 2010..sudah sampai masanya untuk kita ucapkan selamat tinggal kepada segala suka duka pahit manis sepanjang 2010.... selamat tinggal semuanya.....

sekarang harus bersedia fizikal dan mental untuk menempuh 2011 yang bakal menjelang..biasala kan bila masuk tahun baru akan adala azam baru..well, azam saka untuk tahun 2011 saka mahu jadi lebih baik dari sebelum ni.... ade karier sendiri, ade harta sendiri.... tambah lagi simpanan and of course nak 
didik diri jadi lebih matang.... 

harap-harap boleh stabilkan lagi kewangan.... STOP wasting.... u all dah ade azam baru?? mane la tau nak tambah anak ke..... tambah kereta ke...... tambah rumah ke....... tambah bini ke.......
ooooopppssss..... sorry tajuk kat atas nun xde kena mengena pun...
wish u all best of luck.... take care..bye..

MENYAMBUT KEPULANGAN WIRA-WIRA MALAYSIA


NEGARAKU. Tanah tumpahnya darahku. Atas prinsip Rukun Negara, seluruh rakyat Malaysia berdiri megah bersama WIRA-WIRA HARIMAU MALAYA. Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Bajau, Serani, Orang Asal, Melanau, Sungai & apa saja. Kita anak Malaysia. SYABAS 1MALAYSIA...!
Malaysia menewaskan Indonesia Ag 4-2
Malaysia Boleh!!!



Antara gambar yang sempat saka rakamkan di KLIA petang semalam


hahaha korang memang tak hensem..... ha ni cite malam tadi selepas je Malaysia menang bergaya keatas Indonesia penuh saka tgk kat facebook n blog..org dok puji kehebatan malaysia.tapi yg paling bestnye ramai gadis2 malaya dok puji KEHENSAMAN si fahmi golkeeper malaysia.

Terminal Pengangkutan Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan


Jom kita berkenalan dengan Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan ni.
Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) merupakan stesen bas bersepadu yang memberi perkhidmatan bas dan teksi dari Kuala Lumpur ke Selatan Semenanjung Malaysia. Terminal ini akan siap pada November 2010. Hab Bandar Tasik Selatan ni dianggarkan bernilai RM570 juta bukannya hab untuk menggantikan Hentian Puduraya tetapi hanya untuk menumpukan pengangkutan ke selatan Semenanjung Malaysia sahaja.

 
Bahagian dalam yg seperti lapangan terbang


Sebelum ini ramai mengeluh dan juga merasakan bahawa sistem transport awam kita adalah yg terburuk dan terlambat sekali. Namun pespektif ini akan mula berubah apabila siap sepenuhnya sebuah lagi mercu tanda pengakutan awam kita semakin berkembang. Dengan pembinaan mencecah RM570m terminal yg menggabungkan 3 rangkaian pengankutan intergrasi utama di ibukota. LRT, ERL dan KTM adalah nadi kepada perhubungan antara selatan lembah klang dengan central ibukota iaitu KL Sentral. Pembukaan rasmi bangunan ini akan dijangkakan pada penghujung tahun ini dengan akan dikenali sebagai Terminal Pengangkutan Bersepadu.

Saturday, December 25, 2010

SELAMAT HARI NATAL



SEBELUM TERLAMBAT
SAKA MENGUCAP KAN
SELAMAT HARI NATAL
BAGI PENGANUT
KRISTIAN

KHALID GAGAP TAKUT DENGAN 1MALAYSIA


Para peniaga di bandar raya ini membantah larangan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berhubung penggunaan logo 1Malaysia pada papan tanda dan iklan di negeri ini.
Menurut mereka, konsep 1Malaysia itu tidak perlu dipolitikkan kerana ia mempunyai tujuan yang baik bagi menyatukan masyarakat negara ini dalam menuju negara maju.
Seorang peniaga, Pan Sau Tan, 36, berkata, semua rakyat Malaysia berhak berniaga bagi menyara keluarga mereka dengan apa cara sekalipun selagi ia tidak melanggar undang-undang negara.
‘‘Jika ada pihak yang menggunakan logo 1Malaysia pada perniagaan mereka, ia hanya untuk tujuan perniagaan bukannya politik,”


PARTI KHIANAT RAKYAT

Monday, December 20, 2010

BUDAK-BUDAK 4JUSTICE MENGAMUK!!!!!



Jutaan terima kasih kepada yang terlibat
 Pihak PDRM dan Marshall dari Jugra Bikers.
Tajuk kat atas tu cuma nak kasi gempak je hehe.
Kami rakyat di Dun Tanjung Sepat amat berbangga  dengan
kesungguhan YB DATO' DR HJ KARIM BIN HJ MANSOR
kerana sanggup turut bersama-sama bermotor bersama kami.
Dari morib hinggalah ke port dickson,
ini lah contoh pemimpin yang kami mahu.
Sempoi la dato.....

Sebelum ini kami menganggarkan seramai 400 peserta dan
jangkaan kami jauh berbeza sambutan amat menggalakkan. Seramai 
500 orang Pemuda dan Putri UMNO Dun Tanjung Sepat
menyertai konvoi ini. Dan tidak lupa juga wartawan dan bloger  yang
turut serta dalam menjayakan program ini...
 tahniah anda semua hebat...

Insyaallah, dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini,saya lihat
Pemuda Dan Puteri UMNO Dun Tanjung Sepat telah bersedia untuk terus MARA Ke HADAPAN dan Bersedia Untuk BERJUANGHABIS-HABISAN Demi Kemenangan UMNO BN di SELANGOR
akan datang.....

Friday, December 17, 2010

JOM RAMAI-RAMAI KITA KONVOI BERMOTOR KE PORT DICKSON


 Esok Sabtu 17 Disember konvoi bermotor dengan membawa kempen keamanan cegah jenayah oleh 4justice anjuran Pemuda Dun Tanjung Sepat akan diepaskan di Morib bersempena program Polis Daerah Kuala Langat. Perasmian akan dilakukan oleh Yb Dato Dr Hj Karim Bin Hj Mansor, Tuan Nordin Bin Manan dan Ketua Polis Daerah Kuala Langat. Kira-kira lebih 400 pemuda UMNO Dun Tanjung Sepat akan menyertai konvoi. Dan turut serta bermotor bersama-sama kami Adun Tanjung Sepat Yb Dato Dr Hj Karim Bin Hj Mansor dan Pengerusi 4justice Saudara anuar bin hj basiran. Konvoi akan menuju ke Port Dickson. Perjalanan sejauh 80km akan di iringi oleh Jugra Bikers... 


Thursday, December 16, 2010



ALFATIHAH
Dato Sulaiman Taha kembali menemui Allah swt..jam 1.10am..mudah-mudahan rohnya aman hingga ke syurga...


PEMERGIAN YG D CEMBURUI..HARI JUMAAT..KATA NABI SAW


Seramai 30 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencetuskan kekecohan di hadapan bangunan Parlimen di sini hari ini dan cuba mengadakan perarakan tanpa permit menyebabkan dua 
daripada mereka ditahan polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, polis telah memberi amaran kepada kumpulan itu supaya bersurai kerana mereka berarak tanpa permit tetapi mereka 
enggan menyebabkan daripada mereka ditahan.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata perhimpunan bermula tengah hari apabila kumpulan itu cuba mengadakan perarakan untuk menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sebagai bantahan terhadap penggantungan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga anggota Parlimen pembangkang yang lain daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

MEMANG SAKAI TUL LA DIA ORANG NIH......

Wednesday, December 15, 2010

BAPA KEPADA SAIFUL BUKHARI MINTA PERCEPATKAN PROSES BICARA

Azlan Mohd. Lazim, bapa kepada Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menyerahkan surat kepada 
Setiausaha Sulit Yang di-Pertuan Agong, 
Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Surat itu bagi memohon perkenan Seri Paduka untuk
mempercepatkan proses perbicaraan
anaknya dengan Anwar setelah banyak penangguhan terhadap
kes itu sebelum ini.
Prosiding perbicaraan kes liwat itu sering kali ‘terganggu’ ekoran pelbagai permohonan yang dikemukakan oleh peguam bela Anwar,
Karpal Singh.
Disebabkan ‘permohonan yang bertimpa-timpa’ itu, kronologi 
perbicaraan menjadi tidak lancar sehingga mencetuskan perasaan
tidak puas hati dan kecewa banyak pihak
termasuk keluarga 
Mohd. Saiful Bukhari.



BAWAK-BAWAKLAH BERTAUBAT ANWAR

KONVOI BERMOTOR

JOM KITA BERKONVOI



Tuesday, December 14, 2010

Penyokong Anwar perlu buka mata

Pendedahan laman web WikiLeaks mengenai kes 
liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar membuka mata semua pihak terutama penyokong tegarnya agar tidak terus ditipu oleh lakonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.


Bekas Setiausaha Biro Penerangan 
Pemuda PKR, Nordin Ahmad berkata, kalangan akar umbi PKR dilihat masih kuat menyokong pemimpin pembangkang itu tetapi malangnya mereka tidak tahu siapa Anwar yang sebenarnya.

Mengakui bertindak keluar PKR selepas
hilang rasa percaya terhadap 
Anwar, jelasnya, pendedahan oleh WikiLeaks itu tidak sedikitpun membuatkan dirinya terkejut.
‘‘Salah satu sebab saya keluar PKR adalah kerana melihat dengan mata saya sendiri tentang perlakuan Anwar beberapa tahun dulu.

‘Bermula itu, hati saya terdetik dan
mengatakan bahawa saya sebenarnya telah salah membela nasibnya.
Saya rasa tertipu dan kecewa.


PERHATIAN..... Planet Nibiru akan langgar bumi pada 2012????


Kerajaan hari ini menafikan dakwaan bahawa Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada 2012.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili, berkata Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah bekerjasama dengan agensi angkasa lepas antarabangsa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat bagi menjalankan pemantauan berhubung dakwaan tersebut.

HAHAH.....  semua tu mengarut

nk jadi hero la tu....

AMERICA BONGOK!!!



PENIPUUUU!!!!!!!!!!!



SEPATAH DUA KATA DARI ADMIN


Assalamualaikum 
 dan selamat sejahtera kepada rakan-rakan blogers dan facebookers...Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana blog yang ditunggu-tunggu telah berjaya disiapkan..saya berharap semua member-member kita dapat berkongsi pengalaman serta pengetahuan dalam blog 
SAKA KITA banyk yang akan saya post kan terutama dalam isu semasa politik dan masaalah sosial remaja serta info terkini........ Blog ini juga akan mencerita kan seorang remaja OKU yg berjuang memertabatkn bangsa negara...... 
ikuti kisah perjalanan blog ini... sekian
sokongan anda amat di alu-alu kan... 

TERIMA KASIH