Tuesday, December 14, 2010

Penyokong Anwar perlu buka mata

Pendedahan laman web WikiLeaks mengenai kes 
liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar membuka mata semua pihak terutama penyokong tegarnya agar tidak terus ditipu oleh lakonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.


Bekas Setiausaha Biro Penerangan 
Pemuda PKR, Nordin Ahmad berkata, kalangan akar umbi PKR dilihat masih kuat menyokong pemimpin pembangkang itu tetapi malangnya mereka tidak tahu siapa Anwar yang sebenarnya.

Mengakui bertindak keluar PKR selepas
hilang rasa percaya terhadap 
Anwar, jelasnya, pendedahan oleh WikiLeaks itu tidak sedikitpun membuatkan dirinya terkejut.
‘‘Salah satu sebab saya keluar PKR adalah kerana melihat dengan mata saya sendiri tentang perlakuan Anwar beberapa tahun dulu.

‘Bermula itu, hati saya terdetik dan
mengatakan bahawa saya sebenarnya telah salah membela nasibnya.
Saya rasa tertipu dan kecewa.


No comments:

Post a Comment