Tuesday, January 18, 2011

PENDERITAAN SEORANG HAMBA ALLAH

"Salam sejahtera, Di sini Kami ingin berkongsi penderitaan adik Hairuman dengan anda semua. Untuk makluman anda adik Hairuman merupakan anak yatim piatu. Dia sudah kehilangan ibu bapanya sejak beliau berumur 5 tahun lagi. Hairuman merupakan anak keempat daripada 6 adik beradik dan dua orang kakaknya adalah golongan OKU.


Kini hanya kakak Hairuman yg bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan tidak seberaapa iaitu dengan menolong suaminya menjual air buah. Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit. Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa memungut kelapa sawit. Adik Hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yg berkuasa tinggi yg tiba2 terjatuh dan menimpa adik Hairuman. Badan adik Hairuman 50 peratus melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan. Keluarga Adik Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang jawapan...Di sini kami merayu kepada tuan/puan supaya menolong adik Hairuman..walaupun rm1 seorang sudah memadai meringankan beban adik Hairuman .Marilah sama-sama kita membantu adik Hairuman setakat terdaya. Disini 


saya sertakan bukti mengenai adik Hairuman.






keadaan saudara Hairuman

kawasan kebun(kejadian)



 keterangan doktor

kos rawatan

laporan polis
pengesahan maklumat berita tersebut ini nombor telefon kakak Hairuman 



018-3807867 - Maryuni Bt Miskon.

untuk menderma

No akaun : 162030632448 Maybank


                  12570000203529 CIMB

dan seterusnya alamat rumah

 No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,

Seksyen 2. Taman Desa Mawar,

45500 Tanjong Karang, Selangor

p/s ; sila sebarkan jika anda perihatin.....



Sunday, January 9, 2011

CILAKA!!!!! DISCO BERBENTUK BINAAN MASJID



Sebuah disko yang dinamakn La Meca, yang bangunannya menyerupai masjid, tempat memperdengarkan musikdan tarian sensual.Videonya yang tersiar di Youtube.com memperlihatkan bagaimana ramainya orang berpesta pesta di salah satu disko terbesar di daerah pantai selatan Sepanyol itu.La Meca sudah heboh diperkatakan sejak pertengahan 2010.

Setelah heboh dengan kartun Nabi Muhammad, Eropah kembali bikin heboh. Kali ini dengan night club atau kelab malam atau disko dengan bangunan dan design dalaman menyerupai masjid. Namanya La Meca.

Disko  La Meca terletak di Kota Aguilas, Murcia, selatan Sepanyol. Bangunannya dilengkapi kubah, mirip masjid. Sebagai disko, tentu pengunjung menenggak minuman keras,menari, dan bersuka ria.

Dsko yang menyerupai masjid ini mula heboh setelah disebarkan melalui pesan berantai di BlackBerry Mesengger, lengkap dengan tautan (link) foto-fotonya.-TRIBUNNEWS.COM



ANDA DI PERHATIKAN TANPA DI SEDARI



Pesan kawan di FB,
jangan taip perkataan I$r4el dengan ejaan sebenar di FB. Kerana posting anda akan secara automatik dipaparkan di laman ini:
http://bit.ly/aMDARb
Setiap posting akan tersenarai walaupun anda tiada apa-apa hubungan dengan laman tersebut. 

Maknanya,
ada seseorang sedang memerhatikan kita dari jauh. Dengan erti kata lain, tak ada privasi kat FB. Malah semua maklumat kita yang ada di FB bukan lagi rahsia. Persoalannya sekarang, siapakah orang yang sedang perhatikan kita tu?
Ada jawapan?
Anda masih yakin dengan FB?

BERHATI-HATI

Friday, January 7, 2011

Adun Seri Muda pinjam duit along ke???



Terbaru saka di beritahu
pejabat Adun Seri Muda telah di simbah cat.
Adakah perbuatan ini satu perbuatan khianat atau disengajakan??

taktik lama tu..... tetiba je kena simbah... kena simbah ke 
sendiri simbah dah macam pinjam along pulak main
simbah-simbah cat.... kahkah....

Thursday, January 6, 2011

Jom ke Perhimpunan Wira Negara


  Perhimpunan Wira Negara Revolusi 1Malaysia bermula hari ini 7,8,9 Januari 2011 bertempat di Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Program yg julung kali bakal diadakan adalah satu lagi inisiatif Wira PERKASA M'sia untuk mendekati golongan yg dilabelkan sebagai Remaja Liar/Bermasalah seperti rempit, skin head, punk, underground band, x-treme dan llg utk mendaftarkan diri mereka kpd Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pelbagai aktiviti menarik disediakan utk menarik minat golongan belia yg terbiar ini supaya mereka sedar bahawa Wira PERKASA M'sia mendengar luahan hati kecil mereka.

Yang Akan Dirasmikan Oleh Timbalan Menteri Belia Dan Sukan YB Datuk Razali Ibrahim Yg Bersama Generasi Pemangkin Perubahan Sebuah Evolusi Suara Anak Muda Ke Arah Patriotisme, Suara Anak Muda, Suara Keramat , Suara Anak Muda Suara Perubahan. Terima Kasih Yb Razali.

Datanglah beramai-ramai untuk menyokong dan memeriahkan lagi Perhimpunan ini.

Seorang pemimpin


 Seorang pemimpin hendaklah mempunyai pengetahuan luas, bukan dari segi selok-belok kerjaya sahaja, tetapi pengetahuan am, pengetahuan mengenai masyarakat dan lain-lain malah pengetahuan agama yang cukup supaya ia menjadi manusia yang dapat diteladani oleh orang lain. Pengelaman dan pengetahuan akademik yang diperkukuhkan dengan iman akan merupakan mentaliti dan personaliti yang bersih, cekap dan amanah. Bersih dilambangkan oleh perwatakan yang terhindar dari sebarang unsur yang boleh menggugat kejujuran kita, dan cekap dicerminkan oleh kegigihan melaksanakan dasar-dasar dan peraturan-peraturan perkhidmatan tanpa digugat oleh hawa nafsu atau agoisme individu. Beramanah pula menunjukkan kematangan keperibadian yang lahir dari keinsafan tanggungjawab kepada masyarakat, agama dan negara.

Upacara Perbarisan Perdana Sempena Hari Polis 1983, 26 Mac 1983

Perhimpunan Aman Penyerahan Memorandum Ketidak Puashatian kepada Menteri Besar Selangor


FUHH!! Penat semalam masih belum hilang lagi...
petang semalam saka menyertai satu  perhimpunan
aman penyerahan memorandum
Ketidak Puashatian kepada Menteri Besar Selangor 
Khalid Ibrahim berhubung isu Kebiadapan Pemimpin Pemimpin 
Kerajaan Pakatan Rakyat yang ingkar Titah Tuanku Baginda 
Sultan Selangor dalam perlantikan SUK..
lebih kurang 1000 orang turut serta,
antara yang terbabit dalam protes hari ini adalah ahli Umno, 
Gaps PERKASA dan Pemuda MCA.

Turut hadir dalam Demo Aman ini Dato Ibrahim Ali Presiden Perkasa Malaysia
yang dalam ucapanya menyatakan dengan jelas akan Akta Pertubuhan,
Perlembagaan dan Undang undang dalam memperjelaskan kekeliruan
Rakyat dalam isu Perlantikan SUK Ini.









Tuesday, January 4, 2011

Perjuangan Belum Selesai

 
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya. 

- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)

Monday, January 3, 2011

Suhaimi Bin Haji Shafiei si penderhaka


 
 
Gagasan Anti Penyeleweng Selangor(GAPS)
hari ini membuat laporan polis terhadap penderhaka Suhaimi Bin Haji Shafiei
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Seri Muda
yang telah membuat kenyataan amat biadab dan kurang ajar. Kenyataan ini 
berunsur fitnah, menghina, menggertak, mengugut dan menderhaka kepada institusi 
Raja-raja Melayu, khususnya
DYMM Sultan Selangor.

GAPS mengesa pasukan keselamatan bertindak tegas terhadap
penderhaka ini sebelum ia menjadi barah yang tidak boleh diubati lagi. Merawat
itu lebih baik dari mengubat. Demokrasi Berperlimen dan Raja Berperlembagaan telah 
memberikan pengiktirafan dan peranan besar kepada instituasi Raja-raja Melayu 
dalam pemerintahan di negara ini, ianya harus dipertahankan.

 GAPS mencadangkan pertuduhan dibawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan
dikenakan terhadap penderhaka sepeti ini kerana perbuatan mengugut Tuanku Sultan Selangor
tersebut adalah perbuatan memerangi Raja-raja Melayu yang jika di sabit kesalahan hendaklah mereka itu
dihukum bunuh sampai mati.

Atau sebagai alternatif hendaklah penderhaka ini dikenakan
pertuduhan di bawah Seksyen 121 (1B) kerana merancang mengada-ada, mereka-reka atau berusaha 
akan pemecatan atau perlucutan Raja pemerintah sebuah negeri yang jika sabit kesalahan
hendaklah dihukum penjara sepanjang hayat, iaitu samapai mati didalam penjara.


ini bukan perbuatan yang boleh dibiarkan, apatah lagi bertolak ansur 
dengan nya kerana amatlah biadab lagi kurang ajar bagi mana-mana rakyat khususnya 
melakukan perbuatan derhaka serperti itu......

Tindakan ini adalah rentetan tulisan Yb Suhaimi Dalam Blognya
http://srimuda.blogspot.com pada 30 Disember 2010.
 
 
Berita Terkini
4justice akan membuat satu laporan pada
Selasa 4 januari 2011 kepada 
IPD POLIS KUALA LANGAT
 jam11 pagi.







Sunday, January 2, 2011

ISU AIR DI SELANGOR


Assalamualaikum

Isu Air di Selangor antara Kerajaan Negeri dan Syabas kini memasuki fasa yang mengelirukan. Menteri Besar (MB) kata macam-macam tapi Syabas cuba menjelaskan. Minggu ini saya cuba mengutip antara apa yang MB kata dan Syabas kata. Kita ingin mencari jawapan tetapi siapakah yang benar…
selebih nya sila layari blog ini: