Monday, January 3, 2011

Suhaimi Bin Haji Shafiei si penderhaka


 
 
Gagasan Anti Penyeleweng Selangor(GAPS)
hari ini membuat laporan polis terhadap penderhaka Suhaimi Bin Haji Shafiei
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Seri Muda
yang telah membuat kenyataan amat biadab dan kurang ajar. Kenyataan ini 
berunsur fitnah, menghina, menggertak, mengugut dan menderhaka kepada institusi 
Raja-raja Melayu, khususnya
DYMM Sultan Selangor.

GAPS mengesa pasukan keselamatan bertindak tegas terhadap
penderhaka ini sebelum ia menjadi barah yang tidak boleh diubati lagi. Merawat
itu lebih baik dari mengubat. Demokrasi Berperlimen dan Raja Berperlembagaan telah 
memberikan pengiktirafan dan peranan besar kepada instituasi Raja-raja Melayu 
dalam pemerintahan di negara ini, ianya harus dipertahankan.

 GAPS mencadangkan pertuduhan dibawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan
dikenakan terhadap penderhaka sepeti ini kerana perbuatan mengugut Tuanku Sultan Selangor
tersebut adalah perbuatan memerangi Raja-raja Melayu yang jika di sabit kesalahan hendaklah mereka itu
dihukum bunuh sampai mati.

Atau sebagai alternatif hendaklah penderhaka ini dikenakan
pertuduhan di bawah Seksyen 121 (1B) kerana merancang mengada-ada, mereka-reka atau berusaha 
akan pemecatan atau perlucutan Raja pemerintah sebuah negeri yang jika sabit kesalahan
hendaklah dihukum penjara sepanjang hayat, iaitu samapai mati didalam penjara.


ini bukan perbuatan yang boleh dibiarkan, apatah lagi bertolak ansur 
dengan nya kerana amatlah biadab lagi kurang ajar bagi mana-mana rakyat khususnya 
melakukan perbuatan derhaka serperti itu......

Tindakan ini adalah rentetan tulisan Yb Suhaimi Dalam Blognya
http://srimuda.blogspot.com pada 30 Disember 2010.
 
 
Berita Terkini
4justice akan membuat satu laporan pada
Selasa 4 januari 2011 kepada 
IPD POLIS KUALA LANGAT
 jam11 pagi.







No comments:

Post a Comment