Thursday, January 6, 2011

Seorang pemimpin


 Seorang pemimpin hendaklah mempunyai pengetahuan luas, bukan dari segi selok-belok kerjaya sahaja, tetapi pengetahuan am, pengetahuan mengenai masyarakat dan lain-lain malah pengetahuan agama yang cukup supaya ia menjadi manusia yang dapat diteladani oleh orang lain. Pengelaman dan pengetahuan akademik yang diperkukuhkan dengan iman akan merupakan mentaliti dan personaliti yang bersih, cekap dan amanah. Bersih dilambangkan oleh perwatakan yang terhindar dari sebarang unsur yang boleh menggugat kejujuran kita, dan cekap dicerminkan oleh kegigihan melaksanakan dasar-dasar dan peraturan-peraturan perkhidmatan tanpa digugat oleh hawa nafsu atau agoisme individu. Beramanah pula menunjukkan kematangan keperibadian yang lahir dari keinsafan tanggungjawab kepada masyarakat, agama dan negara.

Upacara Perbarisan Perdana Sempena Hari Polis 1983, 26 Mac 1983

No comments:

Post a Comment